Enjin turbo berfungsi dengan membekalkan udara tambahan ke dalam engin untuk menghasilkan pembakaran yang lebih sempurna. Bekalan udara ini berfungsi untuk menghasilkan pembakaran yang sempurna di dalam engin, dengan itu dapat meningkatkan lagi kuasa yang dihasilkan engin. Enjin turbo yang awal pada mulanya hanya berfungsi untuk mengepam udara tambahan kedalam enjin dengan mengunakan kipas dibahagian ekzos. Putaran kipas itu akan menggerakkan pam udara turbo dengan bantuan shaf penyambung, dengan itu memastikan jumlah udara yang keluar melalui ekzos sama jumlahnya dengan udara yang di pam masuk kedalam enjin. Bagaimanapun sekiranya kemasukan udara ke dalam enjin berlebihan, ini boleh merosakkan enjin. Oleh itu, satu alat pelepas angin tambahan yang dikenali sebagai "Westgate" perlu dipasang untuk mengelakkan kejadian ini. Peralatan "Westgate" akan bertindak bagi memastikan jumlah udara yang dipam masuk ke dalam enjin tidak melebihi had yang ditetapkan.
Udara yang dimampatkan akan menjadi panas dengan itu pemampatan udara oleh enjin turbo akan meningkatkan suhu udara yang masuk kedalam enjin. Keadaan ini akan menjadikan enjin menjadi cepat panas. Untuk memastikan engin tidak terlalu cepat menjadi lampau panas (overheat), udara yang dipam masuk perlu disejukkan dengan menggunakan sistem intercooler. Intercooler akan di pasang pada bahagian hadapan kenderaan yang dipasang dengan sistem turbo bagi menyejukkan udara yang masuk sebelum dipam masuk ke dalam enjin.
Selain daripada peralatan yang dipasang untuk memastikan sistem turbo berfungsi dengan baik, enjin turbo juga perlu penjagaan rapi agar dapat tahan lama. Sekiranya engin berkuasa turbo dimatikan dengan mengejut, pam tidak lagi mengepam minyak pelincir ke sistem turbo. Keadaan ini meningkatkan lagi geseran di dalam engin turbo, yang akan meningkatkan lagi kadar kehausan sistem turbo dan merosakkan komponent sistem turbo dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, bagi mengelakkan keadaan ini, enjin berkuasa turbo perlu distabilkan dengan membiarkan ia bertenang selama 20 hingga 30 saat selepas berhenti sebelum mematikan enjin. Bagi mereka yang tidak mahu atau tidak mempunyai masa untuk menunggu sebelum mematikan enjin, satu alat yang dikenali sebagai jangka turbo (turbo timer) boleh dipasang. Alat itu boleh ditetapkan untuk mematikan enjin selepas masa yang dihadkan berlalu.
Selain itu, enjin berkuasa turbo juga perlu dipanaskan sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan minyak pelincir telah disebarkan keseluruh enjin secara menyeluruh. Ini adalah untuk memastikan enjin turbo tahan lebih lama dan mampu memberikan perkhidmatan yang optima. Sebagaimana enjin lain, minyak pelincir perlu dijaga agar enjin tahan lama. Untuk enjin berkuasa turbo, adalah disarankan pengguna menggunakan minyak pelincir yang tahan suhu tinggi, terutamanya minyak buatan (sintatik).
Sekiranya sesuatu enjin turbo itu dijaga dengan baik, enjin turbo tersebut mampu meningkatkan kuasa enjin lebih daripada enjin biasa yang mempunyai kuasa kuda yang sama. Anda pasti merasakan perbezaannya setelah mencubanya. Cuma anda perlulah rajin menjaganya dengan teliti agar enjin turbo anda sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi anda. Dengan ini anda kini telah tahu serba sedikit berkenaan enjin turbo. Sekian sahaja dari saya. Wasallam.Please visit our friends site. http://www.geocities.com/semua_hal/FaktaEnjinTurbo.html
No comments:
Post a Comment